Salam Sejahtera dan terima kasih kerana sudi melayari portal DeSegar. Alhamdulillah, De Segar kini telah menghasilkan produk kesihatan yang bermutu untuk kegunaan pelanggan yang memilih cara rawatan alternatif. Bagi pihak Pengurusan DESEGAR WELLNESS SDN BHD, saya amat berharap pembinaan portal ini akan memberi maklumat yang lebih tepat dan meluas tentang cara hidup sihat atau wellness dan pelbagai perkhidmatan yang kami tawarkan kepada pelanggan-pelanggan yang dihargai. Anda kini boleh mengunjungi kami ‘di hujung jari anda’ serta mengetahui produk terbaru kami dengan segera samaada dari pejabat,rumah, mahupun di cyber cafe.
Untuk mereka yang ingin menambah pengetahuan tentang wellness bengkel ada ditawarkan, maklumat boleh didapati dalam seksyen artikel. Melalui bengkel ini DeSegar sedia berkongsi pengalaman dengan pelanggan atau peserta yang ingin mendalami terapi wellness yang lain dari perubatan konvensional.
Anda boleh membuat tempahan secara online dan penghantaran dengan pos/courier.
Adalah menjadi harapan kami supaya anda mendapat maklumat dan keterangan yang anda perlukan.
Rekabentuk Portal :
Kuntum Teknologi Enterprise